Sunday, November 2, 2008

Blogger: REJAB F.I - Buat Catatan

Blogger: REJAB F.I - Buat Catatan
Ayam katikku yang amat setia. Kukukannya
menyeri keheningan kampung. Akan tetapi
ia telah hilang, entah ke mana perginya .....

Saturday, November 1, 2008


Deklamasi puisi "Bahasa Adalah Maruah Bangsa" sempena pelancaran buku "Sumpah Setia Bahasa" - perjuangan hakiki untuk memartabatkan bahasa ibunda. Bahasalah maruah sesuatu bangsa. Hancur bahasa hancurlah maruah sesuatu bangsa. Bahasa Jiwa Bangsa!

Aku ketika menghasilkan karya dalam kamar tulisku. Demikianlah sehingga kini aku mengabadikan diri sebagai seorang penulis (sudah hampir 50 tahun menghasilkan sejumlah 134 judul buku terutama buku-buku kreatif) untuk pembangunan rohaniah anak-anak bangsaku. Dan aku akan terus menulis, selagi Allah SWT mengizinkan ...


"Titian Kasih Di Bumi Hijau" salah sebuah buku karyaku yang membicfarakan tentang keazaman seorang anak muda membina kehidupannya. Buku tersebut terbitan Rhythm Publishing Adn Berhad, Pulau Pinang.


Penghargaan daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Santan, Perlis (selaku murid tua di sekolah tersebut) ketika dijemput merasmikan kempen membaca.


Buku-buku yang terdapat dalam kotak "Siri Cerita Rakyat" dan "siri Cerita Teladan", penerbitanku dan anakku Ronifira, sesuai untuk perpustakaan keluarga. Mengandungi nilai-nilai murni, mengasuh budi perti dan peribadi anak-anak bangsa kita menghormati ibu bapa, berdikari dan bersopan santun. Pembaca yang ingin memiliki buku tersebut sila hubungiku, Telefon 019-4544855 atau 04-9768855. Terima kasih atas perhatian dan penghargaan saudara itu.


Inilah sekotak buku yang mengandungi Cerita-cerita "Siri Cerita Rakyat" dan "Siri Cerita Teladan".
Aku bersma sekotak buku yang baru kuterbitkan: Siri Cerita Rakyat dan Siri Cerita Teladan. Kedua-dua siri tersebut hasil karya dan penerbitanku sendiri, setelah hampir 50 tahun sebagai penulis. Karya tersebut terdapat nilai-nilai murni, sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan sebagai perpustakaan keluarga.
Sebuah di antara masjid tercantik di Jogyakarta ketika aku berkunjung ke sana, sebagi kenang-kenagnan


Ketika memberi ceramah "Erti Sebuah Kemerdekaan" sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 51, di Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad, Kangar.

GAMBAR TERBARU


Ketika melancong ke Bali, seorang anak gadis bergambar denganku sebelum masuk ke panggung persembahan Wayang Barong