ketika aku sekeluarga berkunjung ke rumah
nya di Jalan Gajah 9, Sungai Buluh, Selangor
pada 11 Mei 2008 - terima kasih saudara.
Selamat ketemui dalam laman Blog saya, Saya amat menghargai kesudian saudara menggunakan Blog saya untuk kita saling bertukar fikiran dan pendapat juga saling kenal mengenali sebagai seorang insan dalam maya yang begitu luas, anugerah Ilahi. Marilah kita sama-sama berfikir dan memberi pendapat tentang semua hal demi kebaikan bersama - di dalam atau di luar negara - juga demi kesejahteraan sejagat. Salam daripada saya dan terima kasih jua. REJAB F.I. Perlis, MALAYSIA. 4 Mei 2008
1 comment:
Sdr Rejab
Telah baca beberapa artikel dalam Blog sdr. terutama tentang kisah Borobudur. Menarik. teringat saya kepada kunjungan saya ke sana tahun 1978. Ketika itu saya masih menuntut di Bandung dan saya dengan beberapa kawan sekuliah anak Bandung mengembara hingga ke Bali dari Bandung untuk melihat keindahan alam Pulau Jawa.
Amat terkesan saya. dan terima kasih kerana mengambalikan ingatan saya kepada momen-momen yang menyeronokkan itu. Terima kasih juga kerana mengabadikan kunjungan sdr sekeluarga ke rumah saya tempoh hari. Kalau ke KL lagi, jemputlan ke rumah. Sekadar air putih lagi hening itu InsyaAllah setidak-tidaknya akan dihidangkan jua setakat melepas tekak yang mungkin kering.
a.f.yassin
Post a Comment